Nov 5, 2008

Sirah Nabawiah Pengajaran dan Pedoman.


السيرة النبوية

SIRAH NABAWIAH

دروس وعبر

PENGAJARAN DAN PEDOMAN



الدكتور/ مصطفى السباعي

DR. MUSTAFA AL-SIBAIE





مقدمة المؤلف

PRAKATA



الحمد لله الذي أرسل رسوله بالبينات والهدى، ليخرجوا الناس من الظلمات إلى النور، ويهدوهم إلى صراط العزيز الحميد.

Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.

والصلاة والسلام على أفضل رسله، وأشرف دعاته، سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم الذي ختم الله به رسله، فجعل سيرته قدوة لكل مؤمن في جميع شؤون الحياة صغيرها وكبيرها، وختم بدينه الشرائع، فجعل رسالته أكمل الرسالات وأوفاها بحاجات الناس في مختلف بيئاتهم وعصورهم، صلى الله وسلم عليه وعلى أصحابه الهداة البررة الذين علم الله فيهم سلامة الفطرة، وصدق العقيدة، وعظيم التضحية، فشرفهم بحمل رسالة الإسلام إلى أمم الأرض، فأراقوا في سبيلها دماءهم، وفارقوا من أجلها ديارهم، حتى أدوا الأمانة، وبلغوا الرسالة، ونصحوا لله ورسوله، فكان لهم فضل على الإنسانية لا يعرف مداها، ودين في عنق كل مسلم حتى يرث الله الأرض ومن عليها، رضوان الله عليهم وعلى من أحبهم وحمل لواء الدعوة إلى الله من بعدهم حتى يوم الدين.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat.

وبعد فهذه مذكرات كتبتها على عجل وشدة من المرض بعد أن ألقيتها محاضرة مفصلة على طلاب السنة الأولى في كلية الشريعة توخيت فيها أن أبرز أوضح مظاهر الأسوة في سيرة الرسول الكريم صلى الله عليه وسلم، مما ينبغي على كل مسلم وداعية إلى الله عز وجل، وعالم بالشريعة، وحامل لفقهها، أن يتدبره ويجعله نصب عينيه، ليكون له شرف الاقتداء برسوله صلى الله عليه وسلم، وليفتح أمامه باب النجاح في دعوته بين الناس، وباب القبول والرضى من الله جل شأنه، وليكتب له شرف الخلود مع رسوله صلى الله عليه وسلم في جنات النعيم، فإن الله تعالى يقول: {وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ} [النساء: 13].

Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. (An-Nisa': 13)

هذا وقد جعلت البحث وفق المنهج التالي:

Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

أ- مقدمة وتشتمل على بحثين:

A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;

1) في ميزة السيرة النبوية والفائدة من دراستها.

1. Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.

2) في مصادر السيرة النبوية ومراجعها الصحيحة.

2. Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.

ب- في فقه سيرته صلى الله عليه وسلم ويشتمل على عشرة فصول:

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian:

الفصل الأول- في حياته صلى الله عليه وسلم قبل البعثة.

· Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul

الفصل الثاني- في حياته بعد البعثة إلى الهجرة إلى الحبشة.

· Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah

الفصل الثالث- في حياته بعد هجرة الحبشة إلى الهجرة للمدينة.

· Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.

الفصل الرابع- في هجرته حتى استقراره بالمدينة.

· Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.

الفصل الخامس- في معاركه الحربية منذ غزوة بدر حتى فتح مكة.

· Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan Makkah.

الفصل السادس- في انتشار الإسلام في جزيرة العرب بعد الفتح.

· Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan Makkah.

الفصل السابع- في حياته بعد الفتح إلى الوفاة.

· Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.

الفصل الثامن- في خصائص التشريع الإسلامي في المدينة.

· Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.

الفصل التاسع- في أخلاقه وافتراءات المستشرقين والمبشرين.

· Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.

الفصل العاشر- في أثره وأثر رسالته في العالم.

· Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.

والله أسأل أن يوفقني في مثل هذه العجالة القصيرة المستعجلة إلى إمعان النظر في السيرة النبوية بما يؤدي إلى الغرض المتوخى من تدريس هذه المادة في كلية الشريعة بحيث يحمل طلابها وطالباتها على أن يتعشقوا دراسة سيرته الطاهرة، فيحملوا من معانيها ودروسها في نفوسهم ما يجعلهم قدوة للناس في استقامتهم وصلاح سيرتهم، وحسن هديهم في الدعوة إلى الإصلاح حتى يعود الرسول صلى الله عليه وسلم للمسلمين شمسا منيرة تبدد ظلمات حياتهم، وتمدهم بالحرارة والدفء في قلوبهم وعقولهم وسلوكهم فيعود للمجتمع الإسلامي صفاؤه واستقامته ومثاليته التي تجعله من جديد في مكان الصدارة والقيادة لشعوب العالم، ويتحقق بذلك قول الله فينا نحن المسلمين مرة أخرى: {كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ}[آل عمران:111].

Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali' Imran: 110)

دمشق رمضان 1381هـ

Damsyik, Ramadhan 1381H

مصطفى السباعي

Mustofa as-Sibaie





















No comments: