Nov 5, 2008

Sirah Nabawiah Pengajaran dan Pedoman.


السيرة النبوية

SIRAH NABAWIAH

دروس وعبر

PENGAJARAN DAN PEDOMAN



الدكتور/ مصطفى السباعي

DR. MUSTAFA AL-SIBAIE





مقدمة المؤلف

PRAKATA



الحمد لله الذي أرسل رسوله بالبينات والهدى، ليخرجوا الناس من الظلمات إلى النور، ويهدوهم إلى صراط العزيز الحميد.

Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.

والصلاة والسلام على أفضل رسله، وأشرف دعاته، سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم الذي ختم الله به رسله، فجعل سيرته قدوة لكل مؤمن في جميع شؤون الحياة صغيرها وكبيرها، وختم بدينه الشرائع، فجعل رسالته أكمل الرسالات وأوفاها بحاجات الناس في مختلف بيئاتهم وعصورهم، صلى الله وسلم عليه وعلى أصحابه الهداة البررة الذين علم الله فيهم سلامة الفطرة، وصدق العقيدة، وعظيم التضحية، فشرفهم بحمل رسالة الإسلام إلى أمم الأرض، فأراقوا في سبيلها دماءهم، وفارقوا من أجلها ديارهم، حتى أدوا الأمانة، وبلغوا الرسالة، ونصحوا لله ورسوله، فكان لهم فضل على الإنسانية لا يعرف مداها، ودين في عنق كل مسلم حتى يرث الله الأرض ومن عليها، رضوان الله عليهم وعلى من أحبهم وحمل لواء الدعوة إلى الله من بعدهم حتى يوم الدين.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat.

وبعد فهذه مذكرات كتبتها على عجل وشدة من المرض بعد أن ألقيتها محاضرة مفصلة على طلاب السنة الأولى في كلية الشريعة توخيت فيها أن أبرز أوضح مظاهر الأسوة في سيرة الرسول الكريم صلى الله عليه وسلم، مما ينبغي على كل مسلم وداعية إلى الله عز وجل، وعالم بالشريعة، وحامل لفقهها، أن يتدبره ويجعله نصب عينيه، ليكون له شرف الاقتداء برسوله صلى الله عليه وسلم، وليفتح أمامه باب النجاح في دعوته بين الناس، وباب القبول والرضى من الله جل شأنه، وليكتب له شرف الخلود مع رسوله صلى الله عليه وسلم في جنات النعيم، فإن الله تعالى يقول: {وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ} [النساء: 13].

Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. (An-Nisa': 13)

هذا وقد جعلت البحث وفق المنهج التالي:

Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

أ- مقدمة وتشتمل على بحثين:

A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;

1) في ميزة السيرة النبوية والفائدة من دراستها.

1. Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.

2) في مصادر السيرة النبوية ومراجعها الصحيحة.

2. Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.

ب- في فقه سيرته صلى الله عليه وسلم ويشتمل على عشرة فصول:

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian:

الفصل الأول- في حياته صلى الله عليه وسلم قبل البعثة.

· Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul

الفصل الثاني- في حياته بعد البعثة إلى الهجرة إلى الحبشة.

· Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah

الفصل الثالث- في حياته بعد هجرة الحبشة إلى الهجرة للمدينة.

· Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.

الفصل الرابع- في هجرته حتى استقراره بالمدينة.

· Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.

الفصل الخامس- في معاركه الحربية منذ غزوة بدر حتى فتح مكة.

· Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan Makkah.

الفصل السادس- في انتشار الإسلام في جزيرة العرب بعد الفتح.

· Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan Makkah.

الفصل السابع- في حياته بعد الفتح إلى الوفاة.

· Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.

الفصل الثامن- في خصائص التشريع الإسلامي في المدينة.

· Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.

الفصل التاسع- في أخلاقه وافتراءات المستشرقين والمبشرين.

· Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.

الفصل العاشر- في أثره وأثر رسالته في العالم.

· Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.

والله أسأل أن يوفقني في مثل هذه العجالة القصيرة المستعجلة إلى إمعان النظر في السيرة النبوية بما يؤدي إلى الغرض المتوخى من تدريس هذه المادة في كلية الشريعة بحيث يحمل طلابها وطالباتها على أن يتعشقوا دراسة سيرته الطاهرة، فيحملوا من معانيها ودروسها في نفوسهم ما يجعلهم قدوة للناس في استقامتهم وصلاح سيرتهم، وحسن هديهم في الدعوة إلى الإصلاح حتى يعود الرسول صلى الله عليه وسلم للمسلمين شمسا منيرة تبدد ظلمات حياتهم، وتمدهم بالحرارة والدفء في قلوبهم وعقولهم وسلوكهم فيعود للمجتمع الإسلامي صفاؤه واستقامته ومثاليته التي تجعله من جديد في مكان الصدارة والقيادة لشعوب العالم، ويتحقق بذلك قول الله فينا نحن المسلمين مرة أخرى: {كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ}[آل عمران:111].

Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali' Imran: 110)

دمشق رمضان 1381هـ

Damsyik, Ramadhan 1381H

مصطفى السباعي

Mustofa as-Sibaie





















Nov 4, 2008

Terigat kenagan ngan korang



Nov 3, 2008

PDRM polis diraja malaysia


ALOR STAR: Dua anggota polis terperangkap dengan tindakan mereka sendiri selepas ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di lokasi sekatan jalan raya di Jalan Sultan Badlishah, di sini sebaik menerima `wang perangkap' yang disediakan agensi itu.

Kejadian kira-kira jam 7 petang Sabtu lalu selepas seorang remaja berusia 19 tahun yang ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan, berjalan kaki ke pejabat agensi itu dan melaporkan tindakan anggota polis terbabit meminta wang daripadanya kepada pegawai BPR bertugas.
(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20081103163637/Article)
ulasan.
isu rasuah negara maju biasa nya kurang peratusannya memandangkan malysia negara sedang membangun tidak dikira maju ,maka tidak hairan lah perkara ini belaku.
beberapa pendekatan yang perlu di ubah dalam PDRM polis diraja malaysia
  • Mengetatkan syrat pegambilan anggota polis.
  • menerapkan nilai murni islam bukan nilai murni sahaja.
  • menaikan gaji anggota polis.
  • mengadakan nilai murni islam,atau qiamulai.
  • megantung anggota polis yg tidak solat 5 waktu. saya akan jelaskannya.
mengenakan syarat pegambilan.
syarat pegambilan anggota polis perlu di kaji semua,seperti meletakkan syrat anggota yang boleh membaca quran,bacaan solat settle (macam krusus perkahwinan). disamping itu juga anggota polis yang berpangkat koprel hendaklah di kalangan orang yang stp@stpm bukan spm yang corak pemikirannya rendah.
di samping itu juga perlu di nilai dalam peperiksan atau menkaji balik peperiksaan bertulis di kalngan anggota polis.
menerapkan nilai murni islam.
di samping itu juga anggota polis perlu lah di beri pendedehan tentang agama, disamping itu juga perlulah diadakan krusus2 yang boleh menigkatkan ibadah. PMRM perlu memikirkan dan melaksanakan perkara berikut demi menigkatkan prestasi anggota.
siri 1 : ibadat anggota polis.
siri 2 : akhlak anggota polis.
siri 3 : polis dan masyrakat.
siri 4 : polis dan perana dalam negara malaysia.
di samping krusus-krusus yang lain krusus ini perlu di jadualkan supaya mereka mendapat maklumat serta kesan buruk rasuah terhadap anak-anak isteri mereka. masyarakat asia perlu di motiwasi selalu kerana orang asia banyak makanana yang meyebabkan jadi pelupa. hati orang Asia juga lembut mudah di motiwasi dll.
menaikan gaji anggota polis.
sayidina umar telah melakukan perubahan antaranya mengenakan gaji yang tinggi kepada anggota polis supaya mereka lebih telus bekerja. kalu kita melihat negara2kurang maju dan terlebih maju mereka mempunyai anggota yang melakukan rasuan kerana mereka kurang gaji,atau negara itu mengamalkan dasar terlalu terbuka.
gaji anggota polis perlu dikaji megikut keadaan semasa. sekiranyan perlu polis perlu di letakkan di rumah beret polis supaya sewa rumah tidak terbeban lagi.
program nilai murni.
melakukan program seperti qiamulai terhadap anggota dan memberi jadual rehat kepada anggota yang ingin melaksanakan qiam megikut jadualyang anggota polis tetapkan. disampaing itu perlu juga pgram2 lain tidak cukup dengan ceramah waktu zohor sahaja , mereka merasakan tidak selesa kerana jadual makan mereka terabai. kajian balik perlu untuk memantapkan lagi organisasi polis malaysia.
meggantung polis buat kesalahan.
mengatung keanggotaan polis yang melakukan maksia,ibadat x buat dll. hal ini lelah di lakukan oleh khalid al-walid dalam satu peperangan ,ada anggota peperangan tidak solat qiam maka mereka tidak dibenarkan ikut serta dalam peperangan. menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya persediaan dalaman kepada setiap anggota polis tu.

"cekap,amanah,contoh"

Nov 1, 2008

Al-azhar Universiti


SEJARAH RINGKAS AL-AZHAR


Kaherah merupakan ibu negara Mesir. Umurnya telah menjangkau lebih seribu abad. Bangunan-bangunan lama masih terus didiami, lorong-lorong gelap penuh dengan sampah-sarap, lopak-lopak air dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya bandar ini. Walau bagaimanapun, situasi ini seakan tidak terasa, hilang terselindung di sebalik gemerlapan sinar mutiara agung Mesir, al-Azhar, sebuah gedung ilmu yang terkenal di seluruh dunia.

UNIVERSITI TERAWAL DI DUNIA

Seluruh pelusuk dunia mengetahui al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan profesional Islam yang sering mengocakkan kealpaan jahiliyyah. Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani oleh mereka. Pihak musuh sememangnya memendam dendam dan sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan al-Azhar. Sejak dahulu lagi, al-Azhar didatangi oleh para pelajar dari serata dunia seperti China, Eropah, India dan lain-lain. Semakin hari al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan bermula zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyyah tagi.

Mengikutcatatan sejarah silam, Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam pertama di dunia iaitu al-Azhar. Mengikut lembaran awal sejarah, tertera bahawa tanggal 969 Masihi merupakan satu tarikh agung bagi negara ini. Kaherah dibuka dengan rasminya dan dijadikan sebagai ibu negara Mesir. Lebih kurang setahun selepas itu, 4 April 97O Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359 Hijrah, kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan. Pembinaan masjid dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli, seorang panglima yang gagah perkasa pada zaman Fatimiyyah. Usaha mulia ini selesai pada hari Jumaat, 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hijrah. Pada hari Jumaat yang bersejarah inilah, solat Jumaat yang pertama didirikan di masjid berkenaan. Pada tahun 378 H (988 M), seorang wali kerajaan Abbasiyah di Mesir, Ya'kub bin Kals telah mencadangkan kepada pemerintah zamannya, Khalifah al-Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah, institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Bermula dari tarikh tersebut, ramai umat Islam yang berduyun-duyun ke kawasan tersebut. Masjid itu dinamakan Jami' al-Azhar.

MERCU AZAN

Masjid al-Azhar mempunyai tiga mercu azan. Walaupun rupa dan bentuk mercu ini berbeza di antara satu sama lain, namun pintu gerbang al-Azhar tetap tampak terserlah dengan kewujudan ketiga-tiga mercu tersebut.

Mercu-mercu ini dibina pada tiga zaman. Mercu di sebelah kiri pintu gerbang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Qaitbay, sementara yang sebelah kanan didirikan pada 1501 Masihi oleh Sultan Qansuh al-Ghauri, sultan terakhir pada zaman Kesultanan Mamalik.

Kemudiannya pada kurun ke-18, satu lagi mercu dibina oleh al-Amir Abdul Rahman. Semenjak itu, kekallah al-Azhar dengan tiga mercu azan. Setiap mercu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.

GEMPA BUMI DI MESIR

Sekitar tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah, satu bencana alam yang dahsyat telah berlaku. Banyak kerosakan dan kerugian harta benda terpaksa ditanggung oleh rakyat dan kerajaan Mesir. Al-Azhar juga kehilangan sebahagian besar binaannya ketika gempa bumi tersebut. Namun kerja pembaikan dijalankan dan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda. Pada detik inilah bermulanya pengajian di Masjid al-Azhar dan Madrasah al-Tibrisiah merupakan madrasah pertama yang didirikan. Ia diasaskan oleh al-Amir Tibris bin Abdulah al-Waziri, seorang ketua tentera pada zaman Sultan al-Mansur. Beliau meninggal dunia pada 719 Hijrah dan jenazah beliau dikebumikan di madrasah tersebut.

MATLAMAT AL-AZHAR

Cemburu musuh al-Azhar meluap-luap melihat al-Azhar. Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana sasaran dan objektif al-Azhar satu hari nanti akan menghancurkan mereka. Pada Oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam sejarah Mesir gara-gara menentang penempatan baru penjajah Perancis di tanah zaitun ini. Ketua jihad ini terdiri daripada syeikh-syeikh al-Azhar yang bersemangat. Antaranya Syeikh Sulaiman Jausuqi dan Syeikh Mauruqi. Tragedi ini berlaku di persekitaran al-Azhar dan Hussein. Perkara yang menyemarakkan kemarahan ialah pemusnahan ribuan kitab oleh penjajah Perancis. Namun umat Islam tidak akan berdiam diri apabila diperlakukan sedemikan rupa. Pada tahun 1800 M, bangkit manusia berhati singa dari al-Azhar yang bernama Sulaiman al-Halbi dan beliau mengembalikan maruah umat Islam dengan menumpahkan darah Cilber, ketua Perancis di Kaherah kerana perbuatannya sekali-kali tidak dimaafkan oleh Islam.

Selepas itu, tercatat sekali lagi sejarah apabila buat pertama kalinya orang-orang Mesir memilih hakim di kalangan Azhari. Muhammad Ali Hakiman, hakim lulusan al-Azhar dilantik pada tahun 1805M dan beliau berjaya menentang Inggeris yang lancang menghina al-Azhar. Lanjutan daripada itu, Mesir dihimpit krisis permusuhan tiga segi pada tahun 1956 dalam masa pemerintahan Jamal Abdul Nasser. Sekali lagi al-Azhar memainkan peranan yang penting. Selepas tamat krisis itu, Mesir berada di dalam keadaan aman dan nama al-Azhar semakin mekar di jambangan dan harumnya tersebar ke serata dunia.

AL-AZHAR PADA ZAMAN PEMERINTAHAN AYYUBIYAH (567-648 H)(1171-1250 M)

Salahuddin Yusuf bin Ayyub ini amat menekankan pendidikan dan memperbaiki keberkesanannya di samping memberi bantuan yang banyak ke arah itu. Beliau meneroka ilmu-ilmu naqli seperti tafsir, hadis, ilmu fiqh, ilmu kalam, bahasa Arab dan sastera. Di samping itu, ilmu aqli seperti falsafah, mantiq, sejarah, kesihatan, perubatan dan lain-lain turut diajarkan. Antara perubahan besar yang berlaku kepada institusi pengajian ini ialah perubahan orientasi pengajian yang berteraskan ajaran Islam tulen iatu Ahli Sunnah wal Jama'ah sehingga ajaran Syiah yang telah diselewengkan telah dihapuskan.

AL-AZHAR PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIAH

Buat pertama kalinya, bendera kerajaan Islam Uthmaniah telah berkibar di Mesir, iaitu pada Januari 1517 M. Hal ini berlaku setelah Sultan Salim berjaya mengalahkan kerajaan Mamalik dan bermastautin selama lapan bulan sebelum pulang ke Qastantaniah, pusat pemerintahannya .Kepulangan baginda bersama pakar-pakar dalam pelbagai bidang dari Mesir beserta kitab-kitab yang berharga dari maktabah al-Azhar untuk digunakan bagi memajukan kota raya yang pesat itu.

Al-Azhar menjadi tempat terpenting dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan agama, terutamanya pada zaman pemerintahan keturunan Basya, yang diutuskan dari Turki. Mereka merupakan para ulama' yang disegani dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Di samping mempunyat ilmu yang melaut, mereka juga terkenal dengan sifat-sifat wara'.

Pada zaman ini, gelaran as-Syeikh Jami' al-Azhar yang dianugerahkan oleh khalifah semenjak abad ke-17 M lantas dikekalkan hingga ke hari ini.

PENGAJIAN Dl AL-AZHAR

Sejarah pengajian di al-Azhar selari dengan sejarah Jami'ah tersebut telah melalui liku berkelikir dalam perjalanan yang masih jauh.

Pengajian dimulakan dengan menggunakan Kitab I'tisar yang mengajar fiqh Syi'ah sebaik sahaja ia dibina dalam tahun 365 H (975 M) setelah mendapat arahan daripada pemerintah kerajaan Fatimiyyah al-Maiz li Din Daulah, Qadil Quda' Abu Hassan Ali bin Nukman bin al-Qaitawani.

Setelah mendapat nasihat daripada menterinya, Ya'akub bin Kals, ditetapkan pada malam Selasa dan Jumaat, penggunaan Waziriyyah sebagai perbincangan usul Fiqh Syi'ah. Selepas itu, penambahan madah-madah lain dilakukan sehingga institusi tersebut menjadi institusi pertama yang membincangkan segala bidang ilmu, dengan cabang-cabang ilmu yang dipecahkan kepada Ulum Quran, Tafsir, Hadith, Tauhid, Sejarah, Riadhah, Falaq, Bahasa, Sastera, dan sebagainya lagi. Diadakanjuga pembelajaran khusus untuk wanita. Semua ini dilakukan dengan penggemblengan yang sepenuhnya di antara rakyat dan pemerintah, guru-guru, syeikh-syeikh dan murid-murid untuk menyebarkan ajaran Syi'ah di seluruh pelosok alam.

Jawatan yang paling tinggi disandang oleh Da'ie Du'at. Walaupun jawatan ini diberikan kepada khalifah tetapi ia mempunyai kredibiliti yang tersendiri, bebas daripada khalifah. Ia boleh menjalankan kerja-kerja agama dan memberi pandangan bebas.

Di bawah kerajaan Ayubiyyah pula, Sultan Salahuddin yang telah berjaya menghapuskan pengaruh Syi'ah telah mengemaskinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab. Di samping itu, baginda juga menggalakkan doktor peribadinya, Musa bin Maimun mengajar ilmu perubatan, falak dan riadhah. Ilmu kesusasteraan Arab pula diajar oleh Abdul Latif al-Baghdadi, seorang guru dari Baghdad yang bijak dalam bidang ilmu kalam, mantiq dan perubatan.

Pendekatan yang digunakan semasa pembelajaran berbentuk halaqah iaitu seorang syeikh akan mengambil tempat yang agak tinggi di tepi tiang masjid dilingkungi oleh murid-murid. Pembelajaran dimulakan dengan Bismillah, doa, salam dan selawat kepada Rasulullah serta diikuti ilmu yang akan dipelajari. Sejurus selepas itu, syeikh tersebut akan memperbetulkan kesilapan bacaan dan tulisan murid-muridnya, mengulang pelajaran yang lalu, menyambung pelajaran baru dan diakhiri dengan perbincangan dan soal jawab serta ditutup dengan surah al-Fatihah. Dengan cara ini, pelajar-pelajar tidak akan ponteng untuk mengelakkan ketinggalan. Kitab-kitab yang digunakan adalah hasil tulisan tangan perempuan dan abdi-abdi lelaki serta penulis-penulis yang diupah.

Pada zaman pemerintahan Mamalik pula, Jami' al-Azhar telah mengekalkan kegemilangannya ketika seluruh Jawami' dan universiti-universiti Islam di Baghdad telah hancur meninggalkan puing-puing abu runtuhan bangunan akibat serangan tentera Monggol yang dipimpin oleh Hulago Khan. Air sungai Furat dan Dijlah yang berwarna biru telah bertukar menjadi hitam, kesan tindakan mereka menjadikan kitab-kitab Islam sebagai jambatan. Namun, al-Azhar masih tegak dan kukuh dengan keilmuannya.

Selama beberapa ratus tahun semenjak penubuhannya, penekanan terhadap pendidikan wanita lebih diutamakan pada zaman pemerintahan Ismail Basha apabila beberapa buah sekolah wanita telah didirikan.

Pada tahun 1882 M (1302 H), seorang perempuan dari muhafazah Manufiyyah Fatimah Khalfawiyyah telah mengikuti saudara lelakinya, Syeikh Muhammad Khalfawi ke Ma'ahad Tanta tetapi telah gagal dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh Syeikh Dasuki al-Arabi.

Pada tahun 1884 M (1304 H) pula terdapat beberapa orang perempuan lagi di Ma'ahad tersebut, seperti Fatimah al-Ghanamiyyah dari Tanta dan Fatimah 'Audhiyyah dari Mansourah.

Al-Azhar memainkan peranan secara langsung dalam pembentukan muslimah selepas perubahan besar undang-undang al-Azhar pada tahun 1961. Pada tahun tersebut, berlaku beberapa perubahan besar dalam pentadbiran al-Azhar. Ma'ahad khas untuk perempuan telah dibina dan tenaga-tenaga pengajar dilantik daripada al-Azhar.

NAMA-NAMA AL-AZHAR

Jami' al-Azhar pernah memperoleh beberapa nama dalam lipatan sejarah. Pada peringkat pertama, al-Azhar dikenali sebagai Jami' Kaherah iaitu disandarkan kepada ibu kota Mesir yang terletaknya masjid tersebut. Pada masa ini, ia dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai anak perempuan (puteri) ibu kota tersebut.

Menurut Ahmad Mohd 'Auf seorang penulis al-Azhar, pada masa tersebut Jami' 'Amru bin al-'As dikenali sebagai Jam'u al-Jawami' atau Masjid al-Jami' atau Taj al-Jawami'. Selepas itu, masjid tersebut ditukar namanya kepada Jami' al-Azhar bersandarkan kepada nama seorang puteri Rasulullah. Kajian yang dilakukan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama yang ketiga ini kerana terdapat ikhtilaf pendapat. Pendapat pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan kepada Saidatina Fatimah binti Rasulullah saw yang dikenali sebagai Fatimah az-Zahra'. Namun, gelaran ini pulalah yang diabadikan pada Masjid az-Zahra'. Mengikut pendapat yang kedua pula, nama ini dikaitkan dengan istana az-Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota Kaherah. Seterusnya, yang ketiganya pula berpendapat bahawa nama ini dicadangkan bersesuaian dengan kedudukan dan martabat al-Azhar yang tinggi sebagai tempat penyebaran ilmu lslam.

Kini, masjid yang bersejarah yang dibina oleh Jauhar as-Saqali tetap utuh dan kekal walaupun ia bukan lagi seratus peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti pada zaman beliau. Walau bagaimanapun, fungsinya sebagai pusat penyebaran ilmu Islam tetap gemilang sehingga sekarang.