Dec 27, 2009

umrah bersama andalusia travel.

pegertian umrah: umrah ialah qasad megunjugi baitullah ilharam dalam keadaan beribadat dengan megerjakan tawaf sai' dan bertahlul pada bila-bila masasahaja asalkan tidak dalam ihram haji.

hukum menunaikan umrah: pendapat jumhur ulama menyatakan umrah itu wajib dilakukuan seumur hidup seklai.jika diulagi menjadi sunat dan memperolehi pahala yang banyak. apalagi jika ditunaikan dalam bulan puasa. sebuah hadi menerangkan kenyatakan itu bermaksud :

(umrah dalam bulan ramadhan menyamai pahala ibadat haji)

sabda rasullah s.a.w dalam hadis yang lain:

(Haji dan umrah itu kedua-duanya fardu, tidak megapa megerjakan yang mana dahulu)

May 13, 2009

baju untuk tempahan

baju untuk ikhwah pendek,baju untuk akhwat labuh paras lutut sesuai ngan akhwat..tempahan sila hubungi ustazche rahim 0126947073 ikhwah, akhwat ustazah asiah no tel 0114071645..

yg belakang baju.

bahagian depan bawah

May 5, 2009

Imbau kembali..sweet memories

-sinai07 duduk atas ais salji sejuk- din,adam,syuk,anas,nasri,mus,kir,him,mat yi, mat
man,adam,mus,mat,yi,syuk nas,din him

Malam ni sepatutnya aku ulangkaiji pelajaran dan baca matapelajaran yang perlu dibuat sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang dan menguji ku,tapi hatiku terigat kat sahabat-sahabat yang sama datang dan berjuang bersama sebelum ini.
anas dan him atas puncak bukit sinai
entah megapa sapaan angin musim panas malam ini benar-benar mendesak air jernih di dalam kornea mata keluar tanpa di undang. macam-macam yang aku fikirkan tantang kamu semua. terigat kisah lampau yang telah mendewasakan kita bukan salah tapi ianya memeberi satu semagat baru kepada diriku yang lama tidak medegar sorak-tawa kalian sekalian.masing-masing sudah ada rumahtangga sendiri,tapi demi allah aku benar-benar terigatkan korang. anas- dpli sahabat dalam PMKIAS banyak megajar erti toleransi,cara menegur dan paling best cara dia handle masalah nampak simple,biasalah bekas pimpinan maahad dulu..
adwa,mat,man,din
osman-peminat bola "liverpool" pernah dulu aku post dalam sejernih hati tentang bola.apa2 ada marah sikit pasal tu..tapi tak kisah lah moga semuanya selamat.
muzakir dari maahad lagi kita bersama banyak sukaduka yang kita tempuhi bersama,bagi aku aku selitkan kenagan bersamamu itu dalam lipatan memori yang susah nak tukar dengan apa2 yang ada didunia ini..
aku nak study lak lain kali aku tulis lagi tetang korang

Mar 21, 2009

BBQ usrah damanhur

6 mac baru nih sebelum minda sempat UD damanhur buat BBQ, cara orang kampungnya kami ahli usrah buat jamuan membakar ayam,ikan pari,ikan keli dan masak nasi sikit serta makaroni untuk sama-sama di makan secara berkumpulan mengikut usrah masing-masing.
Bersyukur buat kali pertamanya kami imarah syri' galal dapat dipilih menjadi tuan rumah kerana markas huda sibuk dengan persediaan untuk minda 09 baru-baru ini. cuma berbekalkan sedikit pendaftaran dan derma ikhlas dari beberapa orang sahabat dapat juga di jalankan program ini. terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menderma dan yang ikut serta dalam pogram ini, sedikit kecacatan dan kekhalalan kami meyusun 10 jari memohon kemaafan.

Mar 20, 2009

Tarbiah Allah

Di Sebalik Tirai Peperiksaan

Seperti tahun-tahun sudah. Seperti semester-semester yang lalu, setiap insan yang bernama pelajar menempuh satu medan yang bagi mereka adalah merupakan kayu ukur terhadap mutiara ilmu yang mereka telah kutip selama ini. Medan yang amat besar implikasinya terhadap para pelajar tidak lain dan tidakk buan ialah peperiksaan. Mungkin di waktu ini masing-masing sedang berdebar-debar menunggu apa yang bakal mereka perolehi hasil daripada perahan mental di dewan peperiksaan tempohari. InsyaAllah, mudah-mudahan segala usaha kita akan dikurniai dengan hasil yang terbaik daripada Allah.

Dalam jangkamasa yang penuh debaran dan kerisauan ini, apa kata kalau kita redakan hati yang gelisah ini dengan kembali ke belakang meninjau sejenak tentang tarbiah atau didikan Allah yang terkandung dalam situasi yang sedang kita hadapi sekarang ini. Sesungguhnya kalau difikirkan dengan penuh kesedaran, terdapat satu pengajaran yang begitu bernilai sekali buat diri kita. Ada banyak persamaan dengan kehidupan seorang pelajar yang bermula dengan pembelajarannya sehinggalah kemasa-masa menunggu keputusan peperiksaannya dengan kehidupan kita sebagai seorang manusia. Mari kita tinjau period-period penting ini satu persatu.

Ilmu. Itulah yang dicari dan dipelajari oleh seorang manusia. Ilmu dicari walau dimana sekali pun. Bagi mereka yang berada di universiti, keinginan untuk mendapatkan segulung ijazah telah membuatkan mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran mereka. Tidak ada orang yang mendaftar ke universiti dengan niat untuk mendapat kegagalan. Dan sudah menjadi lumrah dunia universiti, sebelum ijazah digenggam ditangan, satu ujian perlu dilalui. Ujian tersebut selalunya terbahagi kepada 2 iaitu internal assessment dan final exam. Menyedari hal ini, ada yang sedari mula lagi telah bersedia mengulangkaji pelajaran bagi memastikan ujian peperiksaan yang bakal dihadapi itu dapat dilalui dengan baik. Namun ada juga yang sudah menjadi kebiasaan mereka mengamalkan last minute study. Yang paling malang ialah mereka yang lalai sehinggakan tidak bersedia langsung dalam menghadapi ujian tersebut yang akhirnya membawa ke arah kegagalan.

Begitu jugalah persamaannya dengan kehidupan dunia ini. Bagi mereka yang beriman tentang wujudnya syurga dan neraka sudah semestinya menginginkan kenikmatan syurga dan menolak siksaan neraka. Fitrah manusia mengkehendaki sesuatu yang indah yang dalam hal ini dapatlah disamakan Syurga itu dengan Ijazah tersebut. Namun seperti juga halnya ijazah , syurga yang diidam-idamkan perlu dibayar dengan beberapa siri ujian. Internal assessment dalam hal ini merupakan siri-siri ujian yang kita hadapi dalam kehidupan dunia ini sebelum hadir dan tibanya final exam iaitu MATI.

Semenjak manusia "mendaftarkan" diri di University of Life ini, maka mereka akan diuji dengan kesusahan, kemiskinan, dan ketakutan. Kenikmatan dunia ini juga merupakan Internal Assessment buat diri manusia. Setiap masa dan ketika, ujian-ujian ini akan melewati kehidupan manusia tanpa henti-henti sebagai satu rahmat dari Allah untuk memastikan bahawa, adakah diri kita sudah benar-benar bersedia untuk menghadapi final exam bagi semester kehidupan ini. Justeru itu, dengan adanya Internal Assessment ini, maka mahu tidak mahu kita harus setiap masa bersiap sedia dengan ilmu, iman dan amal. Seperti halnya para pelajar yang harus sentiasa mengulangkaji pelajaran mereka supaya dapat memperolehi markah yang baik untuk Internal Assessment seterusnya memantapkan diri mereka bagi menghadapi final exam iaitu peperiksaan hujung semester

Sudah menjadi sunnatullah, hanya mereka yang sudah bersedia sahaja yang dapat menjalani ujian peperiksaan dengan mudah. Begitu jugalah dengan diri manusia, sekiranya sepanjang mereka berada di University of Life ini, mereka mempersiapkan diri dengan bekalan iman dan taqwa, maka apabila final exam atau maut itu tiba, dengan mudah mereka laluinya bersama iman menjadi temannya.

Kembali kita ke saat ini, di mana para pelajar sedang menanti dengan penuh debaran akan keputusan peperiksaan mereka. Kerisauan merayap, kegelisahan melanda. Di kala ini mereka seperti kata pepatah; tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah. Apakah aku akan lulus? Bagaimana kalau aku gagal? Soalan demi soalan berlegar di fikiran, namun jawapan tidak ketemu selagi keputusan ujian belum terpapar di papan kenyataan. Begitulah hakikatnya manusia setelah dikumpulkan di padang Mahsyar. Mereka terpingga-pingga kebingungan. Mereka dilanda keresahan dan diselubungi kegelisahan akibat khuatir tentang nasib diri mereka. Apakah aku lulus dalam ujian semasa aku berada di atas pentas University of Life? Atau kegagalankah yang bakal aku terima? Soalan demi soalan menghantui setiap insan di padang yang kontang itu. Benarlah, penantian itu satu penyiksaan. Tersiksa jiwa manusia diburu ketakutan yang amat sangat kerana di saat itu mereka sedar, jika kejayaan menjadi keputusan, maka ijazah taman Syurga pasti akan dianugerahkan oleh Chancellor Agong di hari konvokesyen alam Mahsyar. Sebaliknya kalau kegagalanlah yang diperolehi , maka terhinalah mereka di hari konvokesyen itu. Terhalau ke neraka sebagai balasan atas kelalaian mereka semasa bermaustatin di University of Life.

Maka beruntunglah mereka yang sentiasa bersiap sedia dalam siri ujian kehidupan ini baik ujian semasa nyawa dikandung badan, mahu pun ujian kematian. Dan rugilah mereka yang selalu melengah-lengahkan persiapan dalam menghadapi ujian-ujian ini. Mudah-mudahan kita semua digolongkan dalam kalangan orang-orang yang sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi ujian peperiksaan dan juga ujian kehidupan dan kematian.

.ainum mardiah.

Tarbiah Allah Di Sebalik Tirai Peperiksaan

Seperti tahun-tahun sudah. Seperti semester-semester yang lalu, setiap insan yang bernama pelajar menempuh satu medan yang bagi mereka adalah merupakan kayu ukur terhadap mutiara ilmu yang mereka telah kutip selama ini. Medan yang amat besar implikasinya terhadap para pelajar tidak lain dan tidak bukan ialah peperiksaan. Mungkin di waktu ini masing-masing sedang berdebar-debar menunggu apa yang bakal mereka perolehi hasil daripada perahan mental di dewan peperiksaan tempohari. InsyaAllah, mudah-mudahan segala usaha kita akan dikurniai dengan hasil yang terbaik daripada Allah.