Dec 2, 2008

Hati-hati..Barrack Obama boneka Israel !





Hati-hati..Barrack Obama boneka Israel !

Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam?

Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).


Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts. Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel.

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction" kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007. Klik sini

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?

Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008. Klik sini

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007. Klik di sini

Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan "makan dalam". Musuh yang "silent killer" lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama.

Berhati-hatilah kita...

Nov 5, 2008

Sirah Nabawiah Pengajaran dan Pedoman.


السيرة النبوية

SIRAH NABAWIAH

دروس وعبر

PENGAJARAN DAN PEDOMAN



الدكتور/ مصطفى السباعي

DR. MUSTAFA AL-SIBAIE





مقدمة المؤلف

PRAKATA



الحمد لله الذي أرسل رسوله بالبينات والهدى، ليخرجوا الناس من الظلمات إلى النور، ويهدوهم إلى صراط العزيز الحميد.

Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.

والصلاة والسلام على أفضل رسله، وأشرف دعاته، سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم الذي ختم الله به رسله، فجعل سيرته قدوة لكل مؤمن في جميع شؤون الحياة صغيرها وكبيرها، وختم بدينه الشرائع، فجعل رسالته أكمل الرسالات وأوفاها بحاجات الناس في مختلف بيئاتهم وعصورهم، صلى الله وسلم عليه وعلى أصحابه الهداة البررة الذين علم الله فيهم سلامة الفطرة، وصدق العقيدة، وعظيم التضحية، فشرفهم بحمل رسالة الإسلام إلى أمم الأرض، فأراقوا في سبيلها دماءهم، وفارقوا من أجلها ديارهم، حتى أدوا الأمانة، وبلغوا الرسالة، ونصحوا لله ورسوله، فكان لهم فضل على الإنسانية لا يعرف مداها، ودين في عنق كل مسلم حتى يرث الله الأرض ومن عليها، رضوان الله عليهم وعلى من أحبهم وحمل لواء الدعوة إلى الله من بعدهم حتى يوم الدين.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat.

وبعد فهذه مذكرات كتبتها على عجل وشدة من المرض بعد أن ألقيتها محاضرة مفصلة على طلاب السنة الأولى في كلية الشريعة توخيت فيها أن أبرز أوضح مظاهر الأسوة في سيرة الرسول الكريم صلى الله عليه وسلم، مما ينبغي على كل مسلم وداعية إلى الله عز وجل، وعالم بالشريعة، وحامل لفقهها، أن يتدبره ويجعله نصب عينيه، ليكون له شرف الاقتداء برسوله صلى الله عليه وسلم، وليفتح أمامه باب النجاح في دعوته بين الناس، وباب القبول والرضى من الله جل شأنه، وليكتب له شرف الخلود مع رسوله صلى الله عليه وسلم في جنات النعيم، فإن الله تعالى يقول: {وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ} [النساء: 13].

Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. (An-Nisa': 13)

هذا وقد جعلت البحث وفق المنهج التالي:

Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

أ- مقدمة وتشتمل على بحثين:

A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;

1) في ميزة السيرة النبوية والفائدة من دراستها.

1. Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.

2) في مصادر السيرة النبوية ومراجعها الصحيحة.

2. Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.

ب- في فقه سيرته صلى الله عليه وسلم ويشتمل على عشرة فصول:

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian:

الفصل الأول- في حياته صلى الله عليه وسلم قبل البعثة.

· Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul

الفصل الثاني- في حياته بعد البعثة إلى الهجرة إلى الحبشة.

· Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah

الفصل الثالث- في حياته بعد هجرة الحبشة إلى الهجرة للمدينة.

· Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.

الفصل الرابع- في هجرته حتى استقراره بالمدينة.

· Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.

الفصل الخامس- في معاركه الحربية منذ غزوة بدر حتى فتح مكة.

· Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan Makkah.

الفصل السادس- في انتشار الإسلام في جزيرة العرب بعد الفتح.

· Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan Makkah.

الفصل السابع- في حياته بعد الفتح إلى الوفاة.

· Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.

الفصل الثامن- في خصائص التشريع الإسلامي في المدينة.

· Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.

الفصل التاسع- في أخلاقه وافتراءات المستشرقين والمبشرين.

· Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.

الفصل العاشر- في أثره وأثر رسالته في العالم.

· Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.

والله أسأل أن يوفقني في مثل هذه العجالة القصيرة المستعجلة إلى إمعان النظر في السيرة النبوية بما يؤدي إلى الغرض المتوخى من تدريس هذه المادة في كلية الشريعة بحيث يحمل طلابها وطالباتها على أن يتعشقوا دراسة سيرته الطاهرة، فيحملوا من معانيها ودروسها في نفوسهم ما يجعلهم قدوة للناس في استقامتهم وصلاح سيرتهم، وحسن هديهم في الدعوة إلى الإصلاح حتى يعود الرسول صلى الله عليه وسلم للمسلمين شمسا منيرة تبدد ظلمات حياتهم، وتمدهم بالحرارة والدفء في قلوبهم وعقولهم وسلوكهم فيعود للمجتمع الإسلامي صفاؤه واستقامته ومثاليته التي تجعله من جديد في مكان الصدارة والقيادة لشعوب العالم، ويتحقق بذلك قول الله فينا نحن المسلمين مرة أخرى: {كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ}[آل عمران:111].

Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali' Imran: 110)

دمشق رمضان 1381هـ

Damsyik, Ramadhan 1381H

مصطفى السباعي

Mustofa as-Sibaie





















Nov 4, 2008

Terigat kenagan ngan korang



Nov 3, 2008

PDRM polis diraja malaysia


ALOR STAR: Dua anggota polis terperangkap dengan tindakan mereka sendiri selepas ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di lokasi sekatan jalan raya di Jalan Sultan Badlishah, di sini sebaik menerima `wang perangkap' yang disediakan agensi itu.

Kejadian kira-kira jam 7 petang Sabtu lalu selepas seorang remaja berusia 19 tahun yang ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan, berjalan kaki ke pejabat agensi itu dan melaporkan tindakan anggota polis terbabit meminta wang daripadanya kepada pegawai BPR bertugas.
(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20081103163637/Article)
ulasan.
isu rasuah negara maju biasa nya kurang peratusannya memandangkan malysia negara sedang membangun tidak dikira maju ,maka tidak hairan lah perkara ini belaku.
beberapa pendekatan yang perlu di ubah dalam PDRM polis diraja malaysia
  • Mengetatkan syrat pegambilan anggota polis.
  • menerapkan nilai murni islam bukan nilai murni sahaja.
  • menaikan gaji anggota polis.
  • mengadakan nilai murni islam,atau qiamulai.
  • megantung anggota polis yg tidak solat 5 waktu. saya akan jelaskannya.
mengenakan syarat pegambilan.
syarat pegambilan anggota polis perlu di kaji semua,seperti meletakkan syrat anggota yang boleh membaca quran,bacaan solat settle (macam krusus perkahwinan). disamping itu juga anggota polis yang berpangkat koprel hendaklah di kalangan orang yang stp@stpm bukan spm yang corak pemikirannya rendah.
di samping itu juga perlu di nilai dalam peperiksan atau menkaji balik peperiksaan bertulis di kalngan anggota polis.
menerapkan nilai murni islam.
di samping itu juga anggota polis perlu lah di beri pendedehan tentang agama, disamping itu juga perlulah diadakan krusus2 yang boleh menigkatkan ibadah. PMRM perlu memikirkan dan melaksanakan perkara berikut demi menigkatkan prestasi anggota.
siri 1 : ibadat anggota polis.
siri 2 : akhlak anggota polis.
siri 3 : polis dan masyrakat.
siri 4 : polis dan perana dalam negara malaysia.
di samping krusus-krusus yang lain krusus ini perlu di jadualkan supaya mereka mendapat maklumat serta kesan buruk rasuah terhadap anak-anak isteri mereka. masyarakat asia perlu di motiwasi selalu kerana orang asia banyak makanana yang meyebabkan jadi pelupa. hati orang Asia juga lembut mudah di motiwasi dll.
menaikan gaji anggota polis.
sayidina umar telah melakukan perubahan antaranya mengenakan gaji yang tinggi kepada anggota polis supaya mereka lebih telus bekerja. kalu kita melihat negara2kurang maju dan terlebih maju mereka mempunyai anggota yang melakukan rasuan kerana mereka kurang gaji,atau negara itu mengamalkan dasar terlalu terbuka.
gaji anggota polis perlu dikaji megikut keadaan semasa. sekiranyan perlu polis perlu di letakkan di rumah beret polis supaya sewa rumah tidak terbeban lagi.
program nilai murni.
melakukan program seperti qiamulai terhadap anggota dan memberi jadual rehat kepada anggota yang ingin melaksanakan qiam megikut jadualyang anggota polis tetapkan. disampaing itu perlu juga pgram2 lain tidak cukup dengan ceramah waktu zohor sahaja , mereka merasakan tidak selesa kerana jadual makan mereka terabai. kajian balik perlu untuk memantapkan lagi organisasi polis malaysia.
meggantung polis buat kesalahan.
mengatung keanggotaan polis yang melakukan maksia,ibadat x buat dll. hal ini lelah di lakukan oleh khalid al-walid dalam satu peperangan ,ada anggota peperangan tidak solat qiam maka mereka tidak dibenarkan ikut serta dalam peperangan. menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya persediaan dalaman kepada setiap anggota polis tu.

"cekap,amanah,contoh"