Nov 4, 2010

tukar kehidupan



2010 akan meninggalkan kita dan 2011 bakal tiba.

Tinggal lebih kurang beberapa bulan lagi untuk kita sampai ke
tahun 2011 sewaktu emel ini ditulis..


Hari ini saya akan tunjukan bagaimana orang biasa boleh mencapai
kekayaan dan kebahagian. Saya telah lakukannya dan sekarang adalah
masa untuk anda pula.


Saya terbaca satu kajian yang mengejutkan dimana hampir 95% rakyat
Malaysia yang telah berkerja sepanjang hidup mereka bersara dengan
hampir RM5000 sahaja dibank!


Cukup mengejutkan! Jangan menjadi 95% yang terpaksa bergantung kepada
kerajaan, kebajikan dan sanak saudara untuk hidup dengan selesa
selepas bersara kelak. Anda perlu bersedia dari sekarang.


Sekarang, apa yang perlu kita lakukan...


Cari tempat yang agak sunyi dan biarkan suara hati anda bergetar.
Apa yang anda mahukan sebaiknya dalam hidup anda: Kebahagiaan, kesihatan,
kewangan, kebajikan dan sebagainya?


Tuliskan matlamat untuk SEMUA aspek kehidupan anda: keluarga, kareer,
sukan, kerohanian dan seterusnya. Apa yang anda rancangkan dalam masa
1,2,3,5 tahun akan datang. Kemudian TULISKAN semuanya.


Jangan hadkan fikiran anda, biarkan imaginasi anda berputar walaupun
ianya nampak seperti "mustahil". (Daripada wira kepada BMW 5 Siri!)


Perkara penting yang perlu anda ingati:


* Tanpa kebebasan kewangan, anda akan menjadi hamba kepada duit.

* Mencapai kebebasan kewangan akan mengambil masa, dedikasi dan kerja keras...
tetapi ianya pasti berbaloi akhirnya.

* Ingat, wang bukanlah segalanya. Tetapi semuanya memerlukan wang pada
zaman ini. Ingat dengan wang kita boleh menolong orang yang dalam kesusahan.

* Hampir semua orang mempunyai kebolehan untuk berjaya, tetapi hanya sedikit
sahaja yang mempunyai komitmen untuk berkorban demi mencapai kekayaan.


Masa untuk bertindak:


1. Terima hakikat bahawa anda boleh mencapai kebebasan kewangan dan buat
komitment dalam diri anda untuk mencapainya. Ianya dalam gengangam jika
anda benar-benar mahukannya. Anda mesti YAKIN - itu yang paling penting.
Anda akan lihat bagaimana keajaiban minda anda menolong anda nanti. Buangkan
jauh-jauh idea bahawa anda mesti bekerja sampai ke tua.


2. Tanya diri anda: Dimana anda berada dalam masa 2, 5, 10 tahun akan datang?
Buat matlamat yang buat anda teruja. Jika anda ada segalanya, apa yang akan
anda buat? Jika anda mempunyai wang yang banyak atau anda hanya ada sebulan
sahaja untuk hidup.. apa yang akan anda lakukan? Tuliskan semuanya.


3. Bagaimana kedudukan kewangan anda sekarang. Berapa duit masuk dan keluar.
Hutang yang belum berbayar? Mana yang boleh diperbaiki?


4. Buat matlamat BARU untuk tahun 2011. Buat keputusan apakah langkah yang perlu
diambil untuk mancapai matlamat anda? Semua matlamat mestilah tepat dan mempunyai
had masa.


5. Mulakan simpanan jika belum (walaupun RM50 sebulan di ASB! Mesti buat!)
Dengan hanya simpanan RM50 setiap bulan di ASB, wang anda akan berganda menjadi
RM170,000 dalam masa 40 tahun.


6. Jimatkan perbelanjaan dan simpan wang lebih. Cari projek atau bisnes.
Tip: Buat sekurang-kurangnya satu ebook "Bagaimana Untuk ..... "


7. Berikan ganjaran jika sasaran dicapai. Pergi makan angin atau belikan yang
special untuk keluarga.


8. Cuba capai matlamat anda dengan apa yang ada. Dengan semangat JITU dan tidak
mudah menyerah kalah anda pasti akan mencapai semuanya. (Pasukan bolasepak
Malaysia juara juga akhirnya disukan SEA selepas 20 tahun mencuba!)


9. Hidup dengan seimbang: dunia dan akhirat.


10. Kesilapan paling besar yang boleh kita lakukan ialah menunggu UNTUK BERTINDAK
untuk mengubah kehidupan anda sekarang. (ingat 95% diatas, jangan jadi seperti
mereka!). Bangun dari kerusi anda dan lakukan sesuatu.

Akhir sekali 3 PAKSI KEKAYAAN:


BUAT DUIT + MENYIMPAN + PELABURAN BIJAK = KEBEBASAN KEWANGAN


Mari kita rancang strategi dan jadikan 2011 tahun paling bermakna!




PS: Kesilapan yang dilakukan oleh 95% diatas ialah mereka terlalu sibuk bekerja
untuk cari duit daripada MEMIKIRKAN cara buat duit dengan banyak!


Jika anda telah bersedia dan mahu jadikan tahun 2011 tahun GEMILANG untuk anda...

Dec 27, 2009

umrah bersama andalusia travel.



pegertian umrah: umrah ialah qasad megunjugi baitullah ilharam dalam keadaan beribadat dengan megerjakan tawaf sai' dan bertahlul pada bila-bila masasahaja asalkan tidak dalam ihram haji.


hukum menunaikan umrah: pendapat jumhur ulama menyatakan umrah itu wajib dilakukuan seumur hidup seklai.jika diulagi menjadi sunat dan memperolehi pahala yang banyak. apalagi jika ditunaikan dalam bulan puasa. sebuah hadi menerangkan kenyatakan itu bermaksud :


(umrah dalam bulan ramadhan menyamai pahala ibadat haji)


sabda rasullah s.a.w dalam hadis yang lain:


(Haji dan umrah itu kedua-duanya fardu, tidak megapa megerjakan yang mana dahulu)

May 13, 2009

baju untuk tempahan


baju untuk ikhwah pendek,baju untuk akhwat labuh paras lutut sesuai ngan akhwat..tempahan sila hubungi ustazche rahim 0126947073 ikhwah, akhwat ustazah asiah no tel 0114071645..

yg belakang baju.


bahagian depan bawah

May 5, 2009

Imbau kembali..sweet memories


-sinai07 duduk atas ais salji sejuk- din,adam,syuk,anas,nasri,mus,kir,him,mat yi, mat
man,adam,mus,mat,yi,syuk nas,din him

Malam ni sepatutnya aku ulangkaiji pelajaran dan baca matapelajaran yang perlu dibuat sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang dan menguji ku,tapi hatiku terigat kat sahabat-sahabat yang sama datang dan berjuang bersama sebelum ini.
anas dan him atas puncak bukit sinai
entah megapa sapaan angin musim panas malam ini benar-benar mendesak air jernih di dalam kornea mata keluar tanpa di undang. macam-macam yang aku fikirkan tantang kamu semua. terigat kisah lampau yang telah mendewasakan kita bukan salah tapi ianya memeberi satu semagat baru kepada diriku yang lama tidak medegar sorak-tawa kalian sekalian.masing-masing sudah ada rumahtangga sendiri,tapi demi allah aku benar-benar terigatkan korang. anas- dpli sahabat dalam PMKIAS banyak megajar erti toleransi,cara menegur dan paling best cara dia handle masalah nampak simple,biasalah bekas pimpinan maahad dulu..
adwa,mat,man,din
osman-peminat bola "liverpool" pernah dulu aku post dalam sejernih hati tentang bola.apa2 ada marah sikit pasal tu..tapi tak kisah lah moga semuanya selamat.
muzakir dari maahad lagi kita bersama banyak sukaduka yang kita tempuhi bersama,bagi aku aku selitkan kenagan bersamamu itu dalam lipatan memori yang susah nak tukar dengan apa2 yang ada didunia ini..
aku nak study lak lain kali aku tulis lagi tetang korang